Kelas ICT – Kuiz Microsoft Publisher

3 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Microsoft Publisher kepada ahli-ahli NaDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang alatan-alatan asas yang terdapat dalam Microsoft Publisher.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka laman web Wordwall dan memilih kuiz Microsoft Publisher. Mereka dikehendaki untuk menjawab kuiz Microsoft Publisher mengikut nama yang betul menggunakan template Quiz. Markah akan diberikan selepas mereka selesai menjawab kesemua soalan yang dipaparkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali